Thursday, September 25, 2008

TAQWIM ISLAMI

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH
************************************************************
SELAMAT BERKUNJUNG KE BLOG
YANG MENAWARKAN PERKONGSIAN ILMU BERKENAAN TAQWIN ISLAMI
TAKLIMAT RINGKAS
MENGENAL SATU HARI BULAN
DENGAN
TUJUH HURUF AL-QURAN
1. Lihat dan kenali jadual2 di bawah:
JADUAL ASAS
ABJADHAWWAZ

ا ب ج د ه و ز
7 6 5 4 3 2 1


JADUAL HURUF TAHUN

AHAD-ALI ا ه ج ز د ب و د

SABTU-UTHMAN ب و د ا ه ج ز ه

JUMAAT- ABUBAKR & UMAR ج ز ه ب و د ا و

KHAMIS- AHMAD د ا و ج ز ه ب ز

RABU-SHAFIE ه ب ز د ا و ج ا

SELASA -MALIKI و ج ا ه ب ز د ب

ISNIN-HANAFI ز د ب و ج ا ه ج
JADUAL HURUF BULAN
  1. MUHARRAM --------------------------------- ز
  2. SAFAR ---------------------------------------- ب
  3. RABI' AL-AWWAL --------------------------- ج
  4. RABI' AL-AKHIR ----------------------------- ه
  5. JUMADA AL-ULA-----------------------------و
  6. JUMADA AL-AKHIRAH----------------------ا
  7. RAJAB ----------------------------------------- ب
  8. SYA'BAN---------------------------------------- د
  9. RAMADHAN----------------------------------- ه
  10. SYAWWAL------------------------------------- ز
  11. ZU AL-QAEDAH------------------------------- ا
  12. ZU AL-HIJJAH-------------------------------- ج
Ringkasnya:
زبجهوابدهزاج
zabjih, waabdih, ziajun
CARA PENGIRAAN
Langkah 1
  • Tahun Islam (eg 1429) hendaklah dibahagi dengan 8, dan dapatkan bakinya (eg 2,3 ...). Jika tiada baki, no 8 dikira sebagai bakinya.

Langkah 2

  • Angka baki yang diperolehi hendaklah dipadankan dengan huruf tahun seperti di jadual Huruf Tahun (pilih mana2 sahaja dalam jadual). Kemudian rujuk huruf berkenaan kepada Jadual Asas; tentukan angka / nombor yang sesuai dengan huruf yang telah ditentukan.

Langkah 3

  • Tentukan bulan Islam yang hendak diketahui SATU HARIBULANnya. Cth: Syawwal (huruf ز ) dan padankan dengan angka/nombor pada Jadual Asas. (angka 7)

Langkah Terakhir

  • Campurkan angka yang diperolehi bagi huruf tahun dan huruf bulan. Kira hari berdasarkan jumlah bilangan tadi bermula dari hari tertentu sebagaimana ditetapkan di dalam jadual Huruf Tahun.
  • -----------------------------------------------------------------------
  • Contoh pengiraan 1 bh Syawwal 1429
  • 1429/8 = 178.6; baki 5
  • 5 rujuk huruf tahun yang ke lima pada jadual AHAD = د
  • د dirujuk pula pada Jadual Asas = angka/ nombor 4
  • Bulan Syawwal; lihat pada Huruf Bulan= ز
  • ز dirujuk pula pada Jadual Asas = 7
  • 4+7= 11
  • 11 hari dikira dari hari AHAD
  • Maka SATU HARIBULAN SYAWWAL jatuh pada hari RABU (insya Allah)

SELAMAT MENCUBA DAN JIKA ADA KERAGUAN BOLEH HUBUNGI SAYA

والله اعلم بالصواب

Monday, September 1, 2008

Selamat Menyambut Ramadhan 1429

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Kepada semua rakan dan taulan, saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menyambut ramadhan al-mubarak 1429 pada tahun ini.

Kesempatan ini juga diambil bagi menasihatkan agar kita dapat meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah dengan mengerjakan sebanyak mungkin ibadah khusus dan umum malam dan siang.

Seperkara yang juga penting ialah kita hendaklah mengelakkan diri dari pembaziran kerana sememangnya terdapat kecenderungan nafsu untuk makan secara berlebihan. Kesannya ialah kita akan menyediakan makanan dalam kuantiti yang lebih dari biasa. Kita mudah lupa bahawa perut kita hanya akan menerima seadanya dalam kadar yang biasa kita makan dan tidak lebih dari itu. Jika kita mengambil lebih makanan perut kita mendapat ketidakselesaan. Rasa berat mula terasa apabila hendak mengerjakan sembahyang Maghrib dan Isyak apatah lagi Tarawih.

رمضان مبارك سعيد