Friday, May 2, 2008

Khutbah 1 UMP April 2008

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Ikhwan sidang Jumaat yang dimuliakan

Pada petang Jumaat pertama dalam bulan Rabiulakhir 1428H ini, marilah kita bersama2 mengucap syukur ke hadrat yang Maha Esa kerana Allah swt telah bermurah nikmat dan rahmat melanjutkan usia kita dengan terus menyedut nafas dan menyambung hidup untuk beberapa ketika lagi. Alhamdulillah.

Pada sesi jamaah Jumaat pada hari ini, mimbar khutbah UMP ingin menarik perhatian kepada ikhwan sekelian kepada bicarawara jumaat yang bertajuk ”Ilmu dan Kejahilan”. Tajuk ini adalah sesuai sekali, pertamanya, kepentingan ilmu diberi penekanan yang amat hebat dalam al-Quran, dan bedasarkan al-Mu’jam al-Mufahras, katakunci aim-lam-mim (kata asas kepada ilmu) hadir dalam lebih dari 700 ayat di dalam al-Quran.

Keduanya, warga UMP adalah mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan penjanaan ilmu. Di sini, ilmu disampaikan, pemikiran ilmiah dihasilkan, tulisan ilmiah didiskusikan, perbahasan ilmiah diwarwarkan, kajian ilmiah dikomersilkan dan bermacam-macam lagi. Kita sebenarnya insyaallah adalah antara mereka yang mengutamakan ilmu dan memertabatkannya. Dan ia menepati firman Allah yang yang berbunyi:

Ayat yang punya nilai estetika balaghah yang tinggi ini bermaksud:

11. Hai orang-orang beriman apabila dikatakan kepadamu: "Berlapang-lapanglah dalam majlis", Maka lapangkanlah niscaya Allah akan memberi kelapangan untukmu. dan apabila dikatakan: "Berdirilah kamu", Maka berdirilah, niscaya Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat. dan Allah Maha mengetahui apa yang kamu kerjakan.


Dalam kita mengejar kejayaan ilmu dan penjanaan intelek, kita juga dituntut untuk 2 perkara; memanfaatkan ilmu yang dipelajari untuk membangunkan ummah, dan menyelamatkan manusia dari kedangkalan dan kejahilan.

Bagi seorang Islam, ia tidak cukup dengan mengucap dua kalimah syahadat, sembahyang, puasa, zakat dan haji. Mereka dituntut untuk melakukan amal kifayah yang juga satu kefarduan kepada mereka. Kita juga dituntut membina benteng intelek yang tinggi dan kukuh supaya ianya lebih kuat untuk menampung tsunami cabaran pemkiran dunia yang berubah2.

Kehebatan Islam dalam dunia intelek dan pemikiran, hanya tinggal dalam lipatan sejarah ketamadunan Umayyah, Abbasiyyah, Andalusia dan Othmaniyyah. Pada satu ketika Islam sangat dibanggai kerana adanya Ibn Rushd, al-Ghazzali, Ibn Firnas, Ibn Hazm, Omar al-Khayyam, al-Kawarizmi dan Ibn Khaldun. Namun sekarang umat Islam dikenali sebagai umat mundur, dunia ketiga, pelampau dan pembunuh diri dan berada di kancah kejahilan. Jumlah muslimin yang buta huruf masih lagi majoriti di beberapa negara Islam.

Sidang Jumaat yang mulia,

Lawan kepada ilmu ialah kejahilan. Ia adalah satu kecelakaan besar yang akan memusnahkan tamadun manusia sejagat, dan tanpa ilmu, dunia tidak dapat dimakmur dan dimanfaatkan sepenuhnya. Oleh itu, musuh besar dalam dunia global ini ialah kejahilan manusia tentang Allah dan alam semesta.


Kejahilan ttg isi kandungan al-Quran akan menyebabkan kelesuan minda muslim, kegagalan merungkai isu2 yang melibatkan agama dan sebagainya. Sejak kebelakangan ini timbul isu2 yang menarik perhatian minda kita untuk berfikir dan mencari jawapan bagi persoalan2 yang melibatkan orang Islam.

Isu penayangan dokumentari tafsir bergambar yang di kemukakan oleh Geert Wilders di Belanda boleh menjadi contoh. Adakah ia tafsir baru kepada ayat al-Quran bagi semua orang, samada Islam atau tidak? Adakah ia betul atau salah? Menepati tafsiran dan sabab nuzul atau konteks ayat berkenaan atau tidak? Sekali lagi kejahilan ilmu umat Islam tercabar kerana ada diantara kita yang masih tiada jawapan untuk tafsir baru ini!. Mungkin ada antara kita yang tidak dapat memahami dan menanggapi isu ini lalu terpengaruh dengan gambaran yang ditunjukkan. Ini sangat merbahaya dalam kefahaman Islam kita. Ingin ditegaskan disini bahawa sebahagian ayat tang diperdengarkan dalam Fitna adalah tidak lengkap.


Dalam Fitna, disebut ayat dari surah al-Anfal 60


الانفال 60-61
60. Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) Segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya.

Tafsiran bergambar yang ditunjukkan oleh Fitna yang menggambarkan serangan 11 Setember 2001 adalah salah samasekali kerana ayat di atas diturunkan sebagai panduan dalam peperangan dan bukannya arahan membunuh secara membabi buta. Bagi melengkapkan pemahaman kepada ayat ini sepatutnya dibaca pula ayat 190 dari surah Al-Baqarah di mana Allah Taala berfirman yang bermaksud:"Dan perangilah di jalan Allah orang-orang yang memerangi kamu, (tetapi) janganlah kamu melampaui batas, kerana Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas. Surah AL-Baqarah:190
Berdasarkan ayat inilah tentera-tentera Islam dilarang samasekali membunuh wanita, kanak-kanak, orang tua dan ketua-ketua agama serta dilarang merosakkan tanaman dan binatang ternakan ketika berperang.Meskipun tercatat di dalam buku-buku sirah senarai peperangan yang banyak namun bila diteliti peperangan tersebut tercetus adalah berpunca dari hasrat mempertahankan diri dan bukan untuk memusnah dan membunuh sesama manusia. Malah ada juga situasi di mana perang tidak berlaku seperti dalam peristiwa Tabuk serta Perang Khandak atau Ahzab.

Dalam mana-mana peperangan dalam sejarah Islam, perdamaian adalah pilihan utama dalam menyelesaikan sebarang konflik dan pertelingkahan sebagaimana Allah berfirman selanjutnya selepas ayat diatas dengan:


61. Dan jika mereka (pihak musuh) cenderung kepada perdamaian, maka engkau juga hendaklah cenderung kepadanya serta bertawakalah kepada Allah. Sesungguhnya ia Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui.

Walaupun begitu, perkara ini bukanlah boleh dilakukan dengan sewenang2nya. Sejarah Nabi saw menunjukkan apabila perjanjian termeteri antara kedua2 pihak, barulah perdamaian disempurnakan. Dan selepas itu mereka hendaklah bertawakkal kepada Allah swt

Begitu juga dengan sepotong ayat yang diperdengarkan dalam Fitna yang berbunyi:

النساء 56-57
56. Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar kepada ayat-ayat keterangan kami, Kami akan membakar mereka dalam api neraka. tiap-tiap kali kulit mereka masak hangus, Kami gantikan untuk mereka kulit yang lain supaya mereka dapat merasa azab sengsara itu. dan (ingatlah) Sesungguhnya Allah adalah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

Ini adalah perkabaran haq dari Allah menceritakan perihal azab neraka Allah di hari Qiyamah bagi pembalasan kepada orang kafir yang tiada kena mengena dengan gambar seseorang yang hendak terjun menyelamatkan diri dari kebakaran bangunan yang ditunjukkan.


Sepotong ayat lain yang dikumandangkan ialah

النساء 89-90

89. Mereka suka kalau kamu pula menjadi kafir sebagaimana mereka telah menjadi kafir, maka (dengan yang demikian) menjadilah kamu sama seperti mereka. Oleh itu janganlah kamu mengambil (seorang pun) di antara mereka menjadi teman rapat kamu, sehingga mereka berhijrah pada jalan Allah (untuk menegakkan Islam). Kemudian kalau mereka sengaja berpaling ingkar, maka tawanlah mereka dan bunuhlah mereka di mana sahaja kamu menemuinya; dan jangan sekali-kali kamu mengambil (seorang pun) di antara mereka menjadi teman rapat atau penolong;

Ayat di atas juga mestilah dibaca bersama ayat seterusnya yang berbunyi:


90. Kecuali orang-orang yang pergi (meminta perlindungan) kepada suatu kaum yang ada ikatan perjanjian setia antara kamu dengan mereka, atau orang-orang yang datang kepada kamu sedang hati mereka merasa berat hendak memerangi kamu atau memerangi kaumnya. dan jika Allah menghendaki, nescaya ia menjadikan mereka berkuasa melawan kamu, kemudian tentulah mereka memerangi kamu. Dalam pada itu, jika mereka membiarkan kamu (dengan tidak mengancam atau mengganggu), serta mereka tidak memerangi kamu dan mereka menawarkan perdamaian kepada kamu, maka Allah tidak menjadikan bagi kamu sesuatu jalan (yang membolehkan kamu memerangi atau menawan) mereka.

Apabila kedua-dua ayat ini dibaca maka kesimpulannya ialah:

Nifaq adalah sifat yang sangat merbahaya dan orang munafiq adalah musuh kepada Islam. Membiarkan nifaq berleluasa akan meruntuhkan agama dan umat, dan oleh kerana itu mereka yang bersifat demikian boleh dibunuh untuk kemaslahatan agama

Perdamaian dalam Islam sentiasa menjadi penyelesaian terpilih apabila musuh telah mengambil jalan berdamai dan ia boleh mengelakkan kemusnahan yang tidak diperlukan.

Sidang Jumaat yang dimuliakan; Firman Allah:

Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, Maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.

Apabila datang kepada kamu seorang fasiq dengan sebarang informasi, periksa dan kaji dan berhati2 supaya kamu tidak terjerumus ke lembah kejahilan dan kemusnahan.

Geert Wilders adalah seorang ketua Party for Freedom Belanda, beragama Roman Katolik, pernah melawat Israel sebanyak 40 kali, mendakwa berjumpa secara individu dengan Ariel Sharon dan Ehurt Olmert, sangat kuat menyokong Israel dan punya hubungan rapat dengan Mosad ejen perisikan Israel. Kasihnya pada Israel dinyatakan ” The past years I have visited many interesting countries, from Tunisia to Turkey and from Cyprus to Iran, but nowhere I have that special feeling of solidarity that I always get if I set foot on the Israeli Ben Gurion Airport.

Kebenciannya pada Islam adalah melampau dan tidak dapat dinafikan. Dia sangat bimbang dengan kewujudan 8.5% populasi Muslim di Belanda yang mewujudkan lebih banyak masjid dari gereja, menyuruh orang Islam menyoyak separuh al-Quran jika mahu tinggal di Belanda dan Nabi Muhammad pada hari ini hendaklah diburu sebagai pelampau. Tetapi ingat, sasaran beliau sebenarnya bukan ulama, tetapi orang awam yang jahil atau lemah kefahaman islamnya untuk dikelirukan pemikiran mereka.
Bagi menggarap isu2 seperti diatas, kita hendaklah mempunyai pendekatan berhemah yang berteraskan ilmu yang mendalam. Tindakan emosional tidak mencukupi dan tidak dapat mengatasi kekuatan tindakan intelektual sebenarnya. Kita mesti membekalkan diri dengan pengetahuan agama yang berteraskan al-Quran dan Hadith dan selama kita berpegang kepadanya kita tidak akan sesat sebagaimana Hadith nabi yang disebut:

ما ان تمسكتم بهما لن تضلوا ابدا, كتاب الله وسنة رسوله "

Terdapat satu lagi fitnah baru yang termuat didada2 akhbar iaitu tentang seorang wanita Islam British yang melacurkan diri dan dalam temubual bersama News of the World, beliau mengangkat martabat karier pelacuran ke maqam yang tinggi dengan istilah pegawai perhubungan pelanggan kelas atasan. Ini contoh yang tidak pelik, dan bukan cerita ini yang terpenting tetapi ia kembali mencabar minda pemikiran jika kita seorang muslim yang jahil, cetek agama dan tiada asas aqidah yang kuat dalam anutan Islam kita. Kita akan mudah terpengaruh dan menerima lojika aqal dengan cara yang tidak disedari.

Isu2 sebegini tidak akan menemui jalan penutup, ada ramai lagi Musailamatu al-Kazzab zaman moden seperti Salman Rushdie, Amina Wadud, Rashad Khalifa, dan sebagainya yang sentiasa mencari jalan menyesatkan muslimin yang lemah pengetahuan agamanya.

Untuk mengahadapi isu2 fitnah sebegini saya menyeru saya sendiri dan sidang Jumaat untuk kita bersama2 memperkukuh kefahaman Islam dan mengenal Islam sebagai agama dan cara hidup dan bukan hanya menerima Islam sebagai agama keturunan. Pelajarilah dan dalamilah tafsir al-Quran beserta ilmu2nya, Hadith dan mustalah2nya untuk aqidah yang sahih lagi salim. Kita hendaklah memperakukan hirarki wahyu sebagai ilmu yang tertinggi dan benar. Dengan itu kita tiada syak dengan kebenaran al-Quran dan apa yang terkandung didalamnya. Jangan pula ada yang tertanya2 atau ragu2 ttg kebenaran isi kandungannya.
Dengan benteng ilmu dan ketaqwaan serta hidayah, kita bukan sahaja menjadi individu beragama Islam tetapi menjadi individu Islam yang sebenarnya dan dapat menjauhkan diri dari ikutan selain Islam.


120. Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: "Sesungguhnya petunjuk Allah Itulah petunjuk (yang benar)". dan Sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, Maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu.






السلام عليكم ورحمة الله وبركاته