Sunday, September 6, 2009

Nasi Ulam Tok Semat



Bahan-bahan:


  1. Daun Kaduk

  2. Daun sekentot

  3. Kerisek

  4. Ikan masin Talam

  5. Bawang Merah

  6. Serai

Cara membuatnya:


Semua bahan digaul dan dicampur dengan nasi


Siap!!!!senang je

Friday, August 21, 2009

Khutbah Jumaat UMP 21/8/09 30 Sya'ban 1430

UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG
KHUTBAH JUMAAT 21 OGOS 2009 / 30 SYA’BAN 1430

OLEH: Dr HASSAN AHMAD
PENGARAH PUSAT ISLAM DAN PEMBANGUNAN INSAN

الحمد لله الدي جعل رمضان الشهر المبارك,أنزل فيه الدكر الحكيم, تنزيل من الرحمن الرحيم, هدى للناس ورحمة للعالمين
أَشْهَدُ أَنْ لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ. اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ.
أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ اللهِ، اتَّقُوا اللهَ، أُوْصِيْكُمْ وَإِيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ، فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ.
يقول عز من قائل:
Al-Baqarah 185.
Ia adalah bulan Ramadhan yang padanya diturunkan (permulaan) Al Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan juga pembeda (antara yang hak dan yang bathil).
Kerana itu, barangsiapa di antara kamu telah melihat awalan bulan itu, maka hendaklah ia berpuasa, dan barangsiapa sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), Maka (wajiblah diganti baginya dengan berpuasa), sebanyak hari yang ditinggalkannya itu, pada hari-hari yang lain.
Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu. Hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Saya menyeru kepada saya sendiri dan sidang pendengar warga kerja UMP dan pelajar sekalian supaya terus menerus melaksanakan agenda taqwa harian kita dalam keadaan susah dan senang. Marilah kita bersama sama mendukung hukum Allah dengan memastikan aktiviti makruf dilaksanakan dan perkara mungkar sentiasa ditegah dan seterusnya dihapuskan. Semuga dengan komitmen ini, kita semua akan mendapat keberkatan dan rahmat dalam menjalani kehidupan seharian kita insyaallah.
Sya’ban telah melabuhkan tirainya dan Ramadhan membuka pintu rahmatnya. Esok kita akan sama-sama mengerjakan puasa Ramadhan yang akan bermula dengan rahmat, seterusnya dengan keampunan di tengahnya, dan akhirnya dengan kelepasan dari azab Allah dan jaminan syurga. Barang siapa yang bersungguh-sungguh melakukannya dengan harapan ganjaran dari Allah, segala dosanya yang telah lalu akan diampunkan oleh Allah
من قام رمضان ايمانا واحتسابا غفر له ما تقدم من دنبه
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Pada tahun 1430/2009 ini, UMP akan memulakan satu aktiviti baru yang diharapkan akan terus menjadi tradisi pada masa akan datang. Aktiviti yang dimaksudkan ialah “Berbuka Puasa (Iftar) Berjemaah UMP” yang akan bermula pada 1 Ramadhan 1430 iaitu hari esok. Program ini adalah inisiatif dari pengurusan UMP dan dikendalikan oleh PIPI dengan kerjasama mantap dari semua PTJ UMP dari penyediaan bahan sehinggalah kepada persiapan berbuka. Sumber kewangan bagi program ini adalah dari sumbangan warga kerja UMP sendiri dan badan serta syarikat yang berkepentingan dengan UMP.
Bagi menjayakan program mulia ini, saya menyeru kepada semua ahli Jumaat untuk menyumbang wang, harta dan tenaga agar ianya dapat dilaksanakan dengan jayanya. Oleh itu, marilah kita bersama2 merebut peluang mendapat ganjaran Allah dengan memberi makanan berbuka kepada orang yang berpuasa yang mana pahala mereka akan juga dilangsungkan oleh Allah kepada penyumbang dan penderma. Bayangkan jika kita memberi makan berbuka kepada 1000 orang berpuasa! Alangkah besarnya pahala percuma yang diterima insyaallah.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Sebelum kita membincangkan lebih jauh tentang Ramadhan, sayugia kita merenung hadith Nabi saw yang berbunyi:

قَدْ جَاءَكُمْ شَهْرُ رَمَضَانَ شَهْرٌ مُبَارَكٌ افْتَرَضَ الله عَلَيْكُمْ صِيَامَهُ فِيْهِ يُفْتَحُ فِيْهِ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ وَيُغْلَقُ فِيْهِ أَبْوَابُ الْجَحِيْمِ وَتَغُلُّ فِيْهِ الشَّيَاطِيْنُ، فِيْهِ لَيْلَةٌ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ, مَنْ حُرِمَ خَيْرَهَا فَقَدْ حُرِمَ.
Mafhumnya: Sesungguhnya telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan diberkati, yang Allah memerintahkan berpuasa padanya. Di bulan Ramadhan, dibuka segala pintu syurga, ditutup pintu neraka, dan disekat syaitan. Di dalamnya ada satu malam yang lebih baik dari 1000 bulan (83.3 tahun = 30,416 hari). Barangsiapa yang tidak dikurniakan kebaikannya, dia gagal mendapat kebaikan Ramadhan. (H. Riwayat Ahmad)

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah

Bagi mengelakkan dari tergolong menjadi orang2 yang rugi, marilah kita megambil langkah berikut :

Pertama : Membuat persediaan dari sudut ilmu. Kita mesti cakna dan faham tentang hukum2 puasa, syarat2 sah, batal dan amalan2 sunat yang dituntut seperti mambaca al-Quran, iktikaf dimasjid, qiyamullail, sedekah dan lain2 lagi.

Kedua : Mulai sekarang kita hendaklah membuat persediaan mental dan ruhani bagi menghadapi dan menjalani fakulti Ramadhan secara intensif bagi mendekati Allah dan membentuk akhlaq mulia. Hassan alBanna menyebutkan :

“Ramadhan adalah bulan perasaan dan ruhani, serta saat untuk menghadapkan diri kepada Allah. Sejauh yang saya ingat, ketika bulan Ramadhan menjelang, sebagian Salafush Shalih mengucapkan selamat tinggal rakan2 mereka sampai mereka berjumpa lagi dalam shalat ‘Id. Yang mereka rasakan adalah ini bulan ibadah, bulan untuk melaksanakan shiyam (puasa) dan qiyam (shalat malam) dan kami ingin menyendiri hanya dengan Tuhan kami.”

Ketiga : Membuat persediaan dari segi fizikal bagi mempastikan tahap kesihatan adalah baik dan ideal. Kesihatan yang baik membantu kita menyempurnakan ibadat puasa dengan baik dan mengelakkan keuzuran berbuka melainkan jika terpaksa. Pastikan kita mendapat makanan berkhasiat dan bermutu, persekitaran yang bersih dan tidur yang cukup.
Puasa juga adalah baik dari segi kesihatan. Empat fadhilat berpuasa dari sudut kesihatan yang jelas iaitu, menurunkan gula dalam darah, tekanan darah, lipid darah dan berat badan.
Dunia perubatan pula telah mengenal pasti pelbagai punca penyakit yang dialami masyarakat dunia masa kini dan antara penyakit yang paling kerap berlaku di dunia masa kini menurut Pertubuhan Kesihatan SeDunia ialah disebabkan sindrom metabolik. Sindrom ini meliputi 4 masalah iaitu: (1) glukos darah tinggi (2) Tekanan darah tinggi (3) Lipid darah tinggi dan (4) lebih berat badan atau obesiti. Dengan hanya meneliti penyakit utama dunia kini dan kesan puasa pada tubuh badan, berpuasa adalah sangat bersesuaian untuk mencegah penyakit sindrom metabolik yang dimaksudkan



Keempat: Kita perlu berjimat cermat dan amalan ini akan membolehkan kita memperbanyakkan sedekah kepada mereka yang memerlukan termasuk menyumbang untuk program berbuka puasa dimana2 sahaja sepanjang Ramadhan ini.

Kelima: Ibubapa juga hendaklah memastikan persediaan dan bimbingan kepada ahli keluarga supaya anak2 dan isteri dapat bersama2 melaksanakan dan mengimarahkan hari2 Ramadhan siang dan malam samada di rumah atau di masjid sebagaimana yang disarankan oleh Rasulullah saw.

Walau bagaimanapun, bagi mempastikan pengalaman Ramadhan kali ini lebih baik dari Ramadhan 1429, maka kita harus mengambil beberapa pesanan dari Rasullaullah saw. Berdasarkan nas-nas yang terpilih, antaranya:
1) Berniat dalam hati untuk berpuasa di malam hari. Pastikan kita berniat kerana Allah bukan kerana lainnya, kerana niat menyempurnakan pahala ibadat.
2) Besahur di akhir malam (yang terbaik adalah jaraknya dengan azan subuh selama bacaan 50 ayat al-Quran secara sederhana). Nabi SAW bersabda :
" Perbezaan di antara puasa kami (umat Islam) dan puasa ahli kitab adalah makan sahur" (Muslim, 2/770).
Selain itu, Nabi juga bersabda : "Bersahurlah kamu, kerana pada sahur itu ada barakahnya" ( Al-Bukhari, 4/1923 ; Muslim).
Baginda SAW juga menyebutkan bahawa Malaikat sentiasa meminta ampun bagi orang yang bersahur. (Riwayat Ahmad, 3/12 ; Hadith Hasan).
Selain makan tatkala itu adalah amat digalakkan kita untuk mendirikan solat sunat tahajjud, witr dan beristifghar dan lain-lain amalan sebelum menunaikan solat subuh berjemaah.
Adalah amat tidak digalakkan bagi seseorang yang bersahur dengan hanya makan di sekitar jam 12 malam sebelum tidur. Kebanyakan individu yang melakukan amalan ini sebenarnya amat merasa berat dan malas untuk bangun di tengah malam. Ia pada hakikatnya adalah tidak menepati sunnah yang diajarkan oleh Baginda SAW.
3) Memperbanyakkan bacaan Al-Quran dengan tenang dan tidak tergesa-gesa.
Terdapat ramai ulama silam menyebut tentang kepentingan mendahulukan membaca al-quran di atas amalan sunat yang lain seperti menelaah kitab, membaca hadith dan lain-lain. Ia adalah salah satu amalan yang paling diambil berat oleh Nabi SAW ketika baginda membacanya bersama Malaikat Jibrail as. Hal ini disebut di dalam hadith al-Bukhari.
Dalam hal ini, PTJ perlu mengambil inisiatif menggalakkan staf supaya mengadakan program membaca quran secara tadarus di kalangan mereka dan berikanlah keutamaan membaca al-quran untuk beberapa ketika.
4) Memperbanyakkan doa semasa berpuasa.
Sepanjang waktu kita sedang menjalani ibadah puasa, ia adalah sentiasa merupakan waktu yang sesuai dan maqbul untuk kita berdoa, sebagaimana di tegaskan oleh Nabi s.a.w :-
ثلاثة حق على الله أن لا يرد لهم دعوة : الصائم حتى يفطر والمظلوم حتى ينتصر والمسافر حتى يرجع
Ertinya : Tiga yang menjadi hak Allah untuk tidak menolak doa mereka, orang berpuasa sehingga berbuka, orang yang dizalimi sehingga dibantu, dan orang bermusafir sehinggalah ia pulang" (Riwayat Al-Bazaar,
Sebuah hadis lain yang hampir sama maksudnya menyebutkan :-
ثلاثة لا ترد دعوتهم : الصائم حتى يفطر والإمام العادل ودعوة المظلوم
Ertinya : Tiga yang tidak ditolak doa mereka, orang berpuasa sehingga berbuka, pemerintah yang adil dan doa orang yang dizalimi" ( Riwayat At-Tirmizi, Ibn Majah, Ibn Hibban dan Ibn Khuzaimah ; Hadis Hasan menurut Imam At-Tirmidzi dan Ibn Hajar, sohih menurut Syeikh Ahmad Syakir)
Mari kita ambil kesempatan berdoa agar UMP dipermudahkan dengan bekalan air bersih lagi suci dan halal yang sedang diusahakan di bahagian kanan masjid ini. Semuga dengan limpahan rahmat ini, kita dapat meminimakan kesan kekurangan air di UMP pada masa akan datang atau membuka ruang komersilisasi pada masa depan.
5) Memperbanykan doa ketika hampir berbuka
Ini kerana tahap kemaqbulan doa tatkala itu semakin hebat berdasarkan hadith Nabi s.a.w :
إن للصائم عند فطره لدعوة ما ترد
Ertinya : Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa itu tatkala wkatu berbukanya,adalah waktu doa yang tidak ditolak ( Riwayat Ibn Majah ; Sohih)
6) Menyegerakan berbuka puasa selepas kepastian masuk waktu Maghrib.
Berdasarkan hadith Nabi SAW :
لا يزال الناس بخير ما عجلوا الفطر
Ertinya : "Sentiasalah umatku berada dalam kebaikan sepannjang kamu menyegerakan berbuka" ( Riwayat Al-Bukhari, 4/1957).
Berbuka juga perlu didahulukan sebelum menunaikan solat maghrib, malah jika pada hari tersebut tahap kelaparan kita agak luar biasa, lebih baik kita berbuka dan makan sekadar kelaparan tidak mengganggu solat Magrhib kita.
Disebutkan bahawa tidaklah Nabi SAW menunaikan solat Maghrib kecuali setelah berbuka walaupun hanya dengan segelas air. (Abu Ya'la dan al-Bazzar : hadith Hasan).
7) Adalah digalakkan pula untuk berbuka dengan beberapa biji rutab ( kurma basah) atau tamar (kurma kering) sebagai mengikuti sunnah, dan jika tiada keduanya mulakan dengan meneguk air.
كان رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏يفطر على رطبات قبل أن يصلي فإن لم تكن رطبات فعلى تمرات فإن لم تكن ‏ ‏حسا ‏ ‏حسوات ‏ ‏من ماء
Ertinya : Rasulullah s.a.w berbuka dengan kurma basah (rutab) sebelum solat dan sekiranya tiada rotab, maka tamar dan jika tiada, baginda meminum beberapa teguk air" ( Riwayat Abu Daud, Ahmad & At-Tirmidzi)
(Riwayat Abu Daud, 2/2356 : Hadith Hasan).
Sambil membaca doa berbuka yang sohih dari nabi iaitu
ذهب الظمأ وابتلت العروق وثبت الأجر إن شاء الله
Ertinya : "Telah hilanglah dahaga, telah basah urat leher dan telah tetap mendapat pahalanya InshaAllah " Riwayat Abu Daud, 2/2357 : Hadith Hasan menurut Albani). Atau doa-doa makan yang biasa.
Kepada sesiapa yang ingin merebut ganjaran memberi suapan pertama berbuka Ramadhan dengan tamar atau rutab, bolehlah menyalurkan sumbangan melalui PIPI untuk diedarkan kepada jemaah pada setiap hari berbuka. Untuk setiap hari kita memerlukan sebanyak RM150 bagi menyediakan tamar.
9) Amat disunatkan untuk menyedeqahkan harta bagi mempersiapkan juadah berbuka untuk orang ramai terutamanya orang miskin. Nabi SAW bersabda :
‏من فطر صائما كان له مثل أجره غير أنه لا ينقص من أجر الصائم شيئا
Ertinya : Barangsiapa yang memberikan juadah berbuka buat orang yang berpuasa maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa itu tanpa kurang sedikit pun" ( Riwayat At-Tirmidzi, 3/807; Hadith Hasan menurut Imam At-Tirmidzi).
Disebut dalam sebuah hadis lain
ومن أشبع صائما سقاه الله من حوضي شربة لا يظمأ حتى يدخل الجنة
Ertinya : Barangsiapa yang mengenyangkan seorang yang berpuasa ( berbuka), Allah akan memberinya minum dari telagaku ini dengan satu minuman yang tidak akan haus sehinggalah ia memasuki syurga " (Riwayat Al-Baihaqi ; Ibn Khuzaymah dalam Sohihnya : rujuk juga Tuhaftul Ahwazi, )
Walaupun di UMP tiada yang dikategorikan dengan miskin, penyediaan makan berbuka kepada pelajar dan staf adalah juga adalah suatu amalan sunnah yang dituntut.
10) Menunaikan solat sunat terawih pada malam hari secara berjemaah buat lelaki dan wanita atau boleh juga dilakukan secara bersendirian. Ia berdasarkan hadith riwayat An-Nasaie yang sohih.
Boleh juga untuk menunaikannya separuh di masjid dan separuh lagi di rumah, terutamanya bagi sesiapa yang ingin melengkapkan kepada 20 rakaat.
Kepada pelajar UMP, datanglah beramai2 ke masjid UMP bagi mendirikan solat tarawih dan menghidupkan malam-malam Ramadhan supaya kita beroleh keberkatan dan rahmat dalam menuntut ilmu di UMP.
11) Memperbanyakkan bersiwak (iaitu menggunakan kayu sugi tanpa air dan ubat gigi). Ia juga sohih dari Nabi SAW dari riwayat al-Bukhari.
12) Amaran bagi berbuka di siang Ramadhan tanpa uzur :
Nabi SAW bersabda dalam hadith sohih ancaman berat dengan digantung di dagunya dengan terbalik hingga darah mengalir bagi individu cuai. (lihat Al-Muntaqa min At-Tarhib wa targhib).
Selain itu, Nabi juga menyebut bahawa : "Barangsiapa yang berbuka tanpa uzur pada Ramadhan, maka ia tidak mampu mengantikan kerugian dari puasa yang ditinggalkan itu, walaupun ia berpuasa selama-lamanya" ( Riwayat Abu Daud, Ibn Majah)

Ramadhán is the month of the Qur’án, the month of Mercy, the month of Forgiveness, the month of prayer at night, the month of solidarity and mutual help, the month of many special blessings..
It was an act of supreme Mercy from Alláh towards us that He made us Muslims and Believers and that He extended our lives so that we could enjoy this Ramadhán. Ramadhán is a Mercy and a Blessing from Alláh, a gift and an opportunity that we may use to attain Taqwa, that wonderful state of awesome reverence towards Alláh, fearing his wrath and ever hopeful of his Mercy. It is another chance to purify our hearts and souls, to shed our sins and our evil deeds and come closer to Alláh.
Therefore, we have first of all to be thankful to Alláh that He allowed us to witness this Ramadhán, let us seize this chance, let us please Him during this month and be worthy of this gift, His forgiveness and His mercy. Let us not end Ramadhán in the same condition that we were when we started it. We should strive to end Ramadhán in a higher state of moral and spiritual excellence than we have ever been before. Let us be mindful of why we fast, what we can achieve and what blessings and rewards we may be able to gain by Allah’s Grace.
Out of His mercy towards us, Alláh has not only prescribed fasting for us, but he has also showed us how to fast, and explained its benefits and virtues. Ramadhán has many virtues which are expressed in the Qur'án and in the authentic Sunnah of the Prophet. If we really understood only one of these virtues, that would be enough motivation to perfect our fasting and to seek the reward of Alláh’s pleasure. Again, it is a sign of His Mercy that He taught us many virtues of fasting so that we get even more encouragement. Here are some of the virtues of Fasting:
1. Fasting is a way to attain Taqwa
Alláh says: "O you who believe, fasting has been prescribed for you as it has been prescribed for people before you so that you will (learn how to) attain Taqwa"
Indeed the person who has attained Taqwa has attained excellence in the worship of his Lord. The people of Taqwa are the successful people in this life and in the hereafter where they will be the dwellers of Paradise

2. Fasting has its own special great reward.
The Prophet said, "Alláh said: The Fast is for Me and I will give the reward for it, as he (the one who observes the fast) leaves his desire, food and drink for My Sake. Fasting is a screen (from Hell) and there are two pleasures (moments of happiness or joys) for a fasting person, one at the time of breaking his fast, and the other at the time when he will meet his Lord."
The Prophet said, "(Alláh said), 'Every good deed of the son of Adam is for himself except fasting; it is for Me. and I shall reward (the fasting person) for it.'
3. Fasting is a Means of Forgiveness
It is a reality that none of us is perfect. We all have some weaknesses and shortcomings and we find ourselves committing sins out of ignorance or out of submission to our desires and whims. We thereby drive ourselves away from Alláh. We darken our heart and we seal it from guidance. We overload our book of bad deeds. However, Alláh said of Himself that He is the Most Merciful the Oft-Forgiving. As part of this Infinite Mercy He offers us many ways of earning forgiveness and absolving our sins. Among the most important and beneficial of these ways of seeking Alláh’s forgiveness is fasting in general and in Ramadhán in particular. Let us discover this glad tiding from the sweet words of the Messenger of Alláh, who said:
"Whoever observes fasts during the month of Ramadhán out of sincere faith, and hoping to attain Alláh's rewards, then all his past sins will be forgiven."
4.A Means of intercession on the Day of Judgement
`Abdullah ibn `Amr reported that the Messenger of Alláh, said: "The fast and the Qur’án are two intercessors for the servant of Alláh on the Day of Resurrection. The Fast will say 'O Lord, I prevented him from his food and desires during the day. Let me intercede for him.' The Qur’án will say 'I prevented him from sleeping at night. Let me intercede for him.' And their intercession will be accepted."
BARAKALLAH LI WA LAKUM….

Monday, August 3, 2009

BRISMES 2009 MANCHESTER UK


BRISMES 2009 @ HULME HALL, MANCHESTER UNIVERSITY
With fellow presenters from University of Haifa Israel dan University of Denmark. Session chaired by Dr Paul Starkey from University Of Durham UK, the editor of Encyclopedia of Arabic Literature.

Sunday, March 1, 2009

Monday, February 9, 2009

Project Report UHM2012

Dear students,
Herewith some guidelines for Project Report


UHM 2012 HUBUNGAN ETNIK
TUGASAN: LAPORAN PROJEK
PENYELIAAN: DR HASSAN AHMAD
TUGASAN PELAJAR

MENGENALPASTI PROJEK KAJIAN
MENETAPKAN LOKASI KAJIAN
ORGANISASI KUMPULAN MENGIKUT TUGASAN
MENGUMPUL DATA
MENGANALISA DATA
MEMBUAT RUMUSAN
DRAF LAPORAN AWAL
DRAF LAPORAN AKHIR
PENYERAHAN LAPORAN
PENAMBAHBAIKAN (JIKA PERLU)


FORMAT LAPORAN
1. MUKA DEPAN: TAJUK
2. PENDAHULUAN: OBJEKTIF KAJIAN, METODOLOGI DAN LOKASI
3. ISI KANDUNGAN : RINGKASAN DATA YANG DIPEROLEHI
4. ANALISA DAN RUMUSAN
5. RUJUKAN
6. PENUTUP

NOTA:
A. TULISAN DALAM FONT TIMES NEW ROMAN 12
B. LANGKAU 1.5
C. PANJANG LAPORAN 15-20 MUKASURAT
D. RUJUKAN DARI PELBAGAI BAHAN
E. ‘BINDING’ DENGAN BAIK


CONTOH MUKA DEPAN (KANDUNGAN)

LAPORAN PROJEK
UHM 2012 HUBUNGAN ETNIK




TAJUK:
KAJIAN TINJAUAN HUBUNGAN KAUM
DI TAMAN REKREASI BALOK KUANTAN




PENYELIA: DR HASSAN AHMAD

AHLI KAJIAN:
ALI BIN ALU
BATU BIN BALU
CANAI BINTI CUCU
DATUK BIN DINDING
ENAK BIN ENOT


APRIL 2009

Thursday, January 15, 2009

Tajuk-tajuk PEMBENTANGAN UHM2012 HUBUNGAN ETNIK


PEMBENTANGAN UHR2012 HUBUNGAN ETNIK

TAJUK PILIHAN

DASAR EKONOMI BARU
BUDAYA KAUM MELAYU
SEJARAH ETNIK DI MALAYSIA
PERLEMBAGAAN MALAYSIA
BUDAYA MASAYARAKAT INDIA
PERISTIWA RUSUHAN KAUM KG MEDAN
KEMERDEKAAN MALAYSIA
DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN
BUDAYA KAUM CINA
HAK ISTIMEWA ORANG MELAYU
RUKUN NEGARA
PARTI POLITIK DI MALAYSIA
PENJAJAHAN BARAT KE ATAS MALAYSIA
MODENISASI DI MALAYSIA
DASAR PENSWASTAAN MALAYSIA
WAWASAN 2020
AGAMA-AGAMA DI MALAYSIA
ASAS-ASAS HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA
PERANAN KERAJAAN & RAKYAT DALAM HUBUNGAN ETNIK

Sunday, October 12, 2008